Akaun meksiti.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

INFO PRODUK TEPUNG SEGERA (RUNCIT)

INFO PRODUK TEPUNG SEGERA (RUNCIT)

Assalamualaikum dan hai. Saya, Kak Siti, pemilik syarikat Mek Siti Industries (M) Sdn Bhd.

.

Baik, sebelum anda nak beli produk tepung segera keluaran Mek Siti,  Kak Siti terangkan dahulu tentang syarikat kami ya.

.

Mek Siti Industries (M) Sdn Bhd merupakan kilang yang memproses, membekal secara borong dan runcit serta memberikan khidmat produk penjenamaan sendiri pelbagai jenis tepung premix segera seperti tepung kek, tepung biskut, serbuk pencuci mulut, serbuk topping dan bahan hiasan segera. Syarikat ini juga menjalanakan perniagaan membuat dan menjual pelbagai jenis kek, biskut, roti, pastri,  pencuci mulut, makanan sejuk beku, makanan barat, snek & kerepek samada secara runcit, borong dan penjenamaan sendiri. Di samping itu, bahan dan peralatan bakeri juga ada dijual dalam bentuk pembungkusan kecil berharga RM 2 per unit. Kesemua premis kami, kilang tepung segera, kedai kek singgit serta kilang biskut & kerepek bertempat di Plot 782, Blok C, No. 16, Jalan Bachok, Kampung Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan.

.

Kelebihan produk kami pula antaranya:

1. Semua produk tepung premix yang dihasilkan adalah merupakan 100% formulasi yang dihasilkan sendiri oleh syarikat melalui proses R&D sejak tahun 2010 lagi. Ini bermakna, pemilihan bahan mentah bermula dari bahan mentah asas adalah 100% dijamin berkualiti dan diyakini halal.

2. Semua produk tepung premix melalui peringkat pemprosesan menggunakan mesin pemprosesan berasingan dan ia 100% melalui proses pengayakan yang menghasilkan hasil tepung yang lebih halus untuk kegunaan terus pelanggan. Ini bermakna, pelanggan boleh terus guna pakai tepung premix tersebut tanpa perlu mengayakkannya.

3. Kebanyakkan produk tepung premix memberikan hasil kek siap antara 500 g - 2 kg (mengikut jenis tepung) atau saiz hidangan lebih kurang untuk 1 keluarga (6-7 orang). Jadi ia berbaloi untuk dibeli untuk kegunaan keluarga kan?

4. Produk 100% keluaran syarikat Bumiputera Melayu Islam. Jadi, tidak perlu lagi was-was dan ragu-ragu untuk menggunakannya dalam kegunaan harian samada untuk baking atau cooking.

5. Semua produk tepung premix telah diuji dan terbukti menjadi kerana kami sendiri mempunyai kedai kek yang viral pada tahun 2016 sehingga kini dengan nama Kedai Kek Singgit yang menjual produk kek, dessert dan cookies serendah RM 1 yang dibuat menggunakan tepung premix keluaran kami sendiri.

6. Semua produk tepung premix kami boleh dibeli dan dijual semula pada harga yang ditetapkan oleh agen kami masing-masing serta mereka juga boleh request menggunakan jenama mereka sendiri.

7. Hanya perlu tambah bahan-bahan basah yang mudah didapati di rumah dan di kedai runcit berdekatan anda sahaja.

.

Alhamdulillah, bestkan? Cuba anda bayangkan bila anda dah beli tepung premix kami, anda dah tak perlu susah payah:

1.  Beli berkilo-kilo bahan-bahan mentah seperti gandum, gula, serbuk koko, serbuk penaik dan sebagainya yang akhirnya anda hanya guna sedikit je. Kan dah membazir apabila bahan-bahan tersebut sudah tidak digunakan.

2. Timbang dan sukat bahan-bahan mengikut resepi.

3. Ayak satu per satu bahan-bahan kering (dah la step ni yang paling leceh)

4. Risau kek tidak menjadi, biskut keras, dessert tidak beku dan sebagainya kan?

5. Reject order customer sebab tak sempat nak siapkan

.

Jomlah order sekarang.  

.

Boleh tengok senarai produk tepung premix keluaran Syarikat Mek Siti Industries (M) Sdn Bhd di bawah ini ya:

.

P/S: Anda boleh pilih samada anda mahu kami gunakan courier:

1) J&T Express (jangka sampai 1-2 hari Semenanjung Malaysia) - pengeposan dilakukan SETIAP HARI

2) J&T Express (jangka sampai 2-4 hari Sabah & Sarawak) - pengeposan dilakukan SETIAP HARI

3) Pos Biasa Pos Malaysia (jangka sampai 4-7 hari Semenanjung Malaysia), (jangka sampai 14-30 hari Sabah Sarawak) - pengeposan dilakukan SETIAP HARI

4) Pos Udara Pos Malaysia (jangka sampai 4-7 hari Sabah Sarawak) - pengeposan dilakukan SETIAP HARI

5) Pos Laju (jangka sampai 1-4 hari Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak) - pengeposan dilakukan SETIAP HARI

6) COD dilakukan pada selepas tempahan customer siap.